Skip to Main Content

Pameran Ukiran Kayu: Ukiran di Malaysia

Pameran Ukiran Kayu

Ukiran di Malaysia

Petikan dari Ukiran Kayu Warisan Melayu

Ukiran kayu ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia. 

Sejarah dan Motif Ukiran

Pada zaman pengaruh kebudayaan Hindu yang bermula pertembungan  di antara  kebudayan Hindu dengan kebudayaan Melayu asli. Beberapa bentuk dari kebudayaan Hindu seperti bahasa, kesusteraan, pertukangan, seni ukiran dan sebagainya. Seni ukiran kayu berkembang luas ke istana-istana raja, ke rumah orang-orang besar dan kenamaan, rumah-rumah ibadat, pintu-pintu gerbang pada kota dan sebagainya. Berdasarkan peninggalan artifak dan daripada sumber-sumber sejarah motif perubahan ukiran juga dapat dilihat Seni ukiran juga menerima perubahan apabila agama Islam sampai ke semenanjung Tanah Melayu kira-kira abad ke 14 sebagaimana tercatat di Batu bersurat Terengganu (Abdul Halim Nasir, 2016). Puatan lanjut 

Tokoh-tokoh

Tokoh-Tokoh seni Ukiran.  Pautan lanjut 

Peralatan

Keindahan sesuatu ukiran bergantung kepada olahan, gaya dan teknik sesebuah karya.  Teknik ukiran adalah membuat lakaran, menebuk, memahat dasar, menyila/mengukir, mengahaluskan ukiran, membersih kan ukiran dan mengemas siap iaitu memeriksa mana-mana bahagian yang belum sempurna. Pautan lanjut 

Punca Ukiran

Sesuatu ukiran kayu bermula dengan punca ukiran. Keunikan sesuatu ukiran kayu dapat dilihat dari penciptaannya yang bermula dengan punca ukiran.  Punca ukiran adalah sumber atau permulaan sesuatu ukiran. Punca ukiran berkait rapat dengan keindahan alam terutama tumbuh-tumbuhan. Pautan lanjut 

Ukiran Bangunan

Seni ukiran kayu adalah seni kerajinan tangan dan ia telah lama wujud dalam masyarakat Melayu yang turut dilihat pada bangunan-bangunan sejarah di Malaysia. Pautan lanjut