Pada zaman pengaruh kebudayaan Hindu yang bermula pertembungan di antara kebudayan Hindu dengan kebudayaan Melayu asli. Beberapa bentuk dari kebudayaan Hindu seperti bahasa, kesusteraan, pertukangan, seni ukiran dan sebagainya. Seni ukiran kayu berkembang luas ke istana-istana raja, ke rumah orang-orang besar dan kenamaan, rumah-rumah ibadat, pintu-pintu gerbang pada kota dan sebagainya. Berdasarkan peninggalan artifak dan daripada sumber-sumber sejarah motif perubahan ukiran juga dapat dilihat Seni ukiran juga menerima perubahan apabila agama Islam sampai ke semenanjung Tanah Melayu kira-kira abad ke 14 sebagaimana tercatat di Batu bersurat Terengganu (Abdul Halim Nasir, 2016)
![]() |
Petikan dari 'Ukiran Kayu Warisan Kayu' berasaskan gaya sezamannya umpamanya ‘lidah api’ untuk kerajaan Ayuthaya Siam dan motif Majapahit di Jawa, motif ini tidak menjurus kepada bunga dan daun alami, tetapi lebih kepada unsur tenaga pada bumi tanah, air api dan angin. |
![]() |
Petikan dari 'Ukiran Kayu Warisan Kayu' Motif ini adalah transformasi dari motif Langkasuka setelah kemasukkan pengaruh asing dari Cina dan barat serta seniman ukiran pada masa itu. |
|
motif ini adalah transformasi dari motif Langkasuka setelah kemasukkan pengaruh asing dari Cina dan barat serta seniman ukiran pada masa itu. |
![]() |
Petikan dari 'Ukiran Kayu Warisan Kayu' motif yang kita lihat pada masa kini yang mengutarakan elemen moden, serius dan sebagainya |