Skip to Main Content

Pameran Ukiran Kayu: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM

Pameran Ukiran Kayu

Pengenalan

Dianugerahkan kekayaan sumber khazanah alam telah memberi banyak manfaat kepada mesyarakat negara ini terutama penduduk di sekitarnya. Mereka mengadaptasikan sumber alam ini sebagai bahan asas penghasilan seni kraftangan yang berfungsi untuk kegunaan utaliti harian seperti peralatan dapur, senjata, kediaman, permainan tradisi dan sebagainya.

Misalannya tumbuhan pandan dan mengkuang digunakan bagi menghasilkan pelbagai alas tikar, bekas berisi makanan dan juga tudung saji. Manakala pembinaan rumah dan juga panel dinding berkayu menggunakan kayu kayan jenis keras seperti leban, nangka, cengal dan seumpamanya. Begitu juga penggunaan beraneka kayu untuk menghasilkan kukur kelapa, acuan kuih putu, pintu rumah, senjata seperti hulu keris dan sebagainya. Biarpun pembuatannya lebih bermatlamat memudahkan urusan seharian, namun penekanan terhadap kehalusan seni rupa menerusi kaedah ukiran tetap diutamakan. Ia bukan sahaja menyerlahkan lagi nilai estetika seni tampaknya bahkan turut melambangkan kerajinan dan kesabaran tukang Melayu dalam penghasilan seni kraftangan berkenaan.

Demikian objektif penganjuran pameran kali ini yang mengenengahkan pelbagai item kraf dan artifak koleksi muzium yang diperbuat daripada bahan dan ukiran kayu sama ada bagi tujuan pendidikan mahupun sebagai wadah perkongsian warisan seni tradisi berzaman ini kepada umum.

Variasi Ukuran Kayu

Ukir menurut Kamus Dewan bermaksud lukisan yang dibuat dengan cara memahat, menggores, menoreh dan lain-lain pada bahagian tertentu manakala ukiran pula adalah sesuatu yang telah siap diukir. Kepelbagaian ragam seni hiasan yang digunakan bukan sahaja menyerlahkan keindahan dan kehalusan hasil ukiran tetapi juga menonjolkan kemahiran dan nilai kesabaran si tukang ukir. Sesungguhnya jika diamati hasilnya mengukir bukan suatu kerja yang mudah. Apatahlagi pengukir juga perlu menerapkan elemen kegunaan atau fungsi setiap satunya. Sebenarnya terdapat beberapa teknik ukiran yang boleh digunakan dalam proses seni mengukir peralatan kayu. Penggunaannya bergantung kepada kebolehan dan kemahiran bagi setiap pengukir. Bagaimanapun kaedah yang menjadi kelaziman yang sering digunapakai oleh seniman Melayu ialah dengan menggunakan 3 kaedah berikut;

Teknik tebuk tembus/terus: Tembus pada sekeping papan. Menghasilkan ukiran yang berlubang-lubang pada ruang negatif (ruang yang tidak diisi dengan ukiran/berlubang). Kebiasaannya berfungsi sebagai laluan udara dan pencahayaan kepada ruang tertentu seperti bangunan, istana dan rumah-rumah tradisional.

Teknik ukiran tebuk separuh: Lazimnya teknik ini tidak menghasilkan lubang tetapi bersifat rata dan menyerlahkan keindahan permukaan kayu. Contohnya pintu gerbang, papan tanda madrasah atau masjid, rehal dan sebagainya.

Teknik tebuk timbul/silat: Papan atau kayu yang diukir tidak ditebuk tembus. Ukiran menampakkan pergerakan visual seakan beralun dan menyerupai bunga-bunga persilatan seperti peti-peti kayu, daun pintu, tiang-tiang rumah Melayu tradisonal dan sebagainya. Ia lebih menekankan nilai seni hiasan dan estetika berbanding kegunaan.

Terdapat sejenis ukiran lagi yang boleh dikongsikan di sini. Teknik ini dari segi istilahnya agak jarang diketengahkan atau digunakan kepada umum iaitu teknik arca. Ia merupakan satu teknik ukiran berbentuk 3 dimensi seperti yang boleh dilihat pada hulu keris dan juga kukuran.

Acuan Putu

 

Motif: 

Buah Delima

Fungsi: 

Acuan kuih tradisional

Teknik: 

Tebuk timbul 

Ukuran: 

16 x 30 x 5.5 sm

Jenis kayu: 

Chengal

Asal: 

Kelantan, abad ke-19

 

Acuan Putu

 

Motif: 

Geometri dan Kosmos

Fungsi: 

Acuan kuih tradisional

Teknik: 

Tebuk timbul 

Ukuran: 

8 x 54 x 3 sm

Jenis kayu: 

Chengal

Asal: 

Kelantan, abad ke-20

 

Bangau Perahu

                                     

Motif: 

Daun uju-uju

Fungsi: 

Hiasan perahu di sebelah Pantai Timur 

Corak: 

Awan larat

Teknik: 

Tebuk timbul bersilat

Ukuran: 

63 x 90 x 4 sm

Jenis kayu: 

Chengal

Asal: 

Kelantan, abad ke-19

 

Bangau Perahu

                                             

Motif: 

Bunga Bakawali

Fungsi: 

Hiasan perahu di sebelah Pantai Timur 

Corak: 

Awan larat

Teknik: 

Tebuk timbul bersilat

Ukuran: 

100 x 125 x 5 sm

Jenis kayu: 

Chengal

Asal: 

Kelantan, abad ke-18

 

Bangau Perahu

         

                                

Motif: 

Bunga pandan laut, bunga jambu laut dan pintalan tali

Fungsi: 

Hiasan perahu di sebelah Pantai Timur 

Corak: 

Awan larat

Teknik: 

Tebuk timbul bersilat

Ukuran: 

122 x 134 x 7 sm

Jenis kayu: 

Chengal

Asal: 

Kelantan, abad ke-18

Sisir Angin

     

 

 

 

           

 

 

Motif 

Sulur kacang

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak 

Gubahan awan larat dan kaligrafi

Khat

Thuluth

Surah, ayat

As-Saff, 13

Teknik 

Tebuk tembus

Ukuran

93 x 43 sm

Jenis kayu

Chengal

Karya

Hj. Muhammad bin Hj. Idrus

Kukuran Jantan

   

 

    

 

Motif 

Bunga bakawali, Naga

Fungsi

Memarut isi kelapa

Corak 

Awan larat

Teknik 

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

77 x 16 x 28 sm

Jenis kayu

Halban

Asal

Kelantan, abad ke-19

Kukuran Betina

 

 

              

              

 

Motif 

Bunga kerak nasi, daun kerak nasi

Fungsi

Memarut isi kelapa

Corak 

Awan larat

Teknik 

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

70 x 13 x 25 sm

Jenis kayu

Halban

Asal

Kelantan, abad ke-18

Senduk Tempurung

 

                   

 

Motif 

Daun putik

Fungsi

Mencedok nasi dan lauk pauk

Ukuran

33 x 9.5 sm

Karya

Hj. Abdul Latif Long

Tahun

1979

Bahan

Kayu kemuning dan tempurung kelapa

 

Peneran Bubur Anak Lebah

 

 

 

Motif 

Daun bayam peraksi

Fungsi

Acuan menghasilkan bubur anak lebah

Motif

Daun bayam peraksi

Teknik

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

65 x 26 sm

Karya

Hj. Abdul Latif Long

Tahun

1979

Bahan

Kayu sena dan tempurung kelapa

Hulu Keris Anak Ayam

                

                

 

 

 

Fungsi

Hiasan/replika

Ukuran

30 x 30 x 47 sm

Karya

Hj. Abdul Latif Long

Tahun

1994

Bahan

Kayu angsana

 

Sulur Bayur

   

              

 

 

Motif 

Bunga dala

Fungsi

Hiasan pada tebar layar rumah

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

113 x 53 x 5 sm

Karya

Hj. Abdul Latif Long

Tahun

1979

Bahan

Kayu chengal

 

Sulur Bayur

   

             

 

 

Motif 

Bunga dala

Fungsi

Hiasan pada tebar layar rumah

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

153 x 50 x 4 sm

Karya

Hj. Abdul Latif Long

Tahun

1979

Bahan

Kayu chengal

 

Jebak Puyuh

         

        

 

Motif 

Bunga sukun, pucuk kacang dan bunga dala

Fungsi

Perangkap burung puyuh

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

32 x 30 x 22 sm

Karya

Allahyarham Abd. Rahman Long

Tahun

1979

Bahan

Kayu angsana

 

Sisir Angin

  

       

                          

 

Motif 

Bunga pepulut, batang cincang

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

27 x 52 sm

Asal

Kelantan, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

Sisir Angin

                                                                                                                        

                 

 

Motif 

Bunga bayam peraksi

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

24 x 42 sm

Asal

Terengganu, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

 

Sisir Angin

 

       

 

Motif 

Bunga bayam peraksi

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

24 x 42 sm

Asal

Terengganu, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

 

Sisir Angin

       

 

Motif 

Bunga bayam peraksi

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

24 x 43 sm

Asal

Terengganu, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

Sisir Angin

   

    

 

 

 

Motif 

Bunga bayam peraksi

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

23 x 51 sm

Asal

Terengganu, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

Sisir Angin

   

   

 

 

Motif 

Bunga bayam peraksi

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

56 x 31 sm

Asal

Kelantan, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

Sisir Angin

 

     

 

Motif 

Bunga ketumbit

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

59 x 28 sm

Asal

Terengganu, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

Sisir Angin

 

   

 

Motif 

Bunga ketumbit

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

43 x 17 sm

Asal

Kelantan, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

 

Sisir Angin

   

 

Motif 

Daun mempelas

Fungsi

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk tembus bersilat

Ukuran

41 x 17 sm

Asal

Kelantan, abad ke-18

Bahan

Kayu chengal

 

Bangau Perahu dan Okak

         

 

 

Motif 

Daun petola (bangau), Bentara Guru (okak)

Fungsi

Hiasan perahu di sebelah Pantai Timur

Corak

Awan larat

Teknik

Tebuk timbul bersilat

Ukuran

66 x 80 x 3.5 sm

Karya

Allahyarham Wan Su Osman

Tahun 

1979

Bahan

Kayu chengal