Ukiran kayu adalah salah satu seni tradisi Melayu di mana pengukir akan menyobek permukaan papan atau bungkah kayu bagi mencorakkan sesuatu motif. Antara lima jenis motif yang diterap pada kayu, adalah, flora, fauna, kosmos, geometri dan khat. Kebiasaanya, ukiran tidak menyerupai objek flora secara langsung tetapi diolah dalam bentuk simbolik agar menyerupai objek tersebut. Ia merupakan satu seni pertukangan yang wujud sebelum abad ke-16 di Semenanjung Malaysia. Pautan lanjut
Kebanyakan seni ukiran di Kelantan dan Terengganu menggunakan motif tumbuhan kesan pengaruh kerajaan Langkasuka, manakala seni ukiran Perak, Negeri Sembilan dan Melaka banyak dipengaruhi oleh seni ukiran daripada Jawa dan Cina di mana motif haiwan dan dewa lebih banyak digunakan. Pautan lanjut.
Antara sfirat-sifat kayu yang diberi keutamaan dalam proses pemilihan dan bahan ukiran adalah kepadatan, kekerasan, ira atau urat kayu serta kilauan permukaan. Kayu yang ditebang dan dibelah kepada saiz kecil akan dikeringkan tanpa perlu dijemur di bawah sinaran cahaya matahari. Proses pengeringan perlu dilakukan secara perlahan untuk mengelakkan kerosakan pada kayu, seperti kerekahan, menggeleding atau melentur. Pautan lanjut.