Seni ukiran kayu adalah seni kerajinan tangan dan ia telah lama wujud dalam masyarakat Melayu yang turut dilihat pada bangunan-bangunan sejarah di Malaysia. Berikut antara bangunan-bangunan di Malaysia yang mempunyai ukiran tradisi Melayu:
Petikan dan gambar dari Laman Web Rasmi Pejabat D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak. Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Letaknya Istana ini berhampiran dengan Istana Iskandariah, iaitu di sebelah tenggaranya. Istana yang berdinding kelarai dan berbumbung perabung pisang sesikat ini telah dirancangkan pembinaannya selepas berlaku banjir besar yang melanda Negeri Perak pada tahun 1926. Tukang yang membuat Istana ini ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Melihat pada pelannya, konsep binaan Istana ini adalah berdasarkan pada bentuk sebilah pedang. Ragam hias dan seni pertukangannya memperlihatkan keindahan seni pertukangan Melayu Perak. |
Petikan dari Laman Web Wonderful Malaysia dan gambar dari buku Ukiran Melayu Tradisi Istana Balai Besar boleh dibanggakan sebagai tempat tertua di Malaysia. Dewan Besarnya yang unik masih digunakan untuk upacara kerajaan seperti upacara mahkota dan pertabalan. Istana ini juga berfungsi sebagai institusi untuk memelihara warisan dan tradisi Melayu. Muhammad Salleh, seorang tukang dari negeri jiran Terengganu, mendapat pengiktirafan hasil karya Istana Balai Besar. Disebut sebagai "tukang paling mahir di Kelantan" ketika itu, Muhammad Salleh ditugaskan untuk menghasilkan karya seni. |
Petikan dan gambar dari buku Ukiran Melayu Tradisi Istana Kolam, di Kuala Terengganu, merupakan sebuah istana yang tidak lagi berfungsi sebagai istana raja. Istana ini mempunyai ukiran-ukiran yang sangat menarik. Ukiran pucuk rebung pada cucuran atap di Istana Kolam |
Petikan daripada http://kedah2u.com.my/ dan gambar dari (harrymikael80) tripadvisor dan buku Ukiran Melayu Tradisi Fungsi asal Balai Besar adalah sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga hari ini.
|
|
Petikan dan Gambar dari Go Melaka
Masjid ini berusia 150 tahun dan mempunyai atap piramid 3 tingkat yang unik dan pagoda Cina 6 tingkat seperti menara. Masjid ini mempunyai rupa yang dibina dengan gaya Hindu dan Cina. Bahagian dalam masjid dibuat dengan jubin Victoria dan Portugis yang memberikannya dinding bersinar. Menara itu seperti pagoda dengan candelier Inggeris kuno yang sangat menarik
Petikan dari Laman Web Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan gambar dari Berita Harian
Istana Lama Seri Menanti dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini kemudiannya telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British |