Skip to main content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.

Media Collection: Francissca Peter

Francissca Peter

Luciana Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Francissca Peter atau mesra dengan panggilan Fran (dilahirkan pada 6 September 1961 di Ipoh, Perak) ialah seorang penyanyi dan penggubah lagu di Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada 20 buah lagu popular dan telah dianugerahkan "Vokal Wanita Terbaik" sebanyak lima tahun berturut-turut pada pertengahan tahun 1980-an. Selain itu, beliau pernah menjadi duta untuk "World Vision Malaysia" sejak tahun 2004.

Di samping itu, beliau juga dikenali sebagai seorang guru vokal yang mendapat peranan juri untuk beberapa pertandingan nyanyian. Beliau juga mengadakan kelas tarian, kelas mencipta lagu, serta mengendalikan beberapa bengkel motivasi tentang pengurusan artis dan pengurusan vokal. Fran juga dikenali sebagai "The Fundraising Queen" kerana beliau banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan masyarakat.

Loading ...