Skip to main content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.

Media Collection: Sudirman

Image result for sudirman

BIODATA

Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak ke tujuh daripada sembilan orang adik beradik. Kedua ibubapa beliau adalah tokoh politik yang tidak asing lagi di bandar tersebut. Bapanya Allahyarham Haji Arshad bin Haji Hassan, seorang ahli perniagaan dan juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Temerloh sementara ibunya aldah wanita pertama yang menjadi wakil rakyat Pahang iaitu Allahyarhamah Puan Ramlah binti Dahlan.

Sudirman mendapat pendidikan awal di SK Temerloh pada tahun 1961 dan pelajaran menengah du SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan sehingga tamat tingkatan enam. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1976 dan meraih ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kepujian (L.L.B. (Hons)) pada tahun 1980 dan diiktiraf sebagai peguam (called to the Bar) pada tahun 1984.

Sejak kecil beliau gemar membaca Al-Quran, berpidato, menyanyi, menari, bersajak, bersyair, melukis dan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia seni. Bakat dan minat seni tersebut telah mendorong belaiu menyertai pelbagai pertandingan diantaranya, syarahan, menulis esei, nyanyian, syair dan sebagainya. Pada tahun 1976, beliau menjuarai Bintang RTM dan sejak itu nama beliau terus menyerlah dan diberi peluang merakamkan suara ke piring hitam dengan album pertamanya bertajuk Aku Penghiburmu pada tahn 1978.

(Sumber: Nor Lelinza Abd. Rasid. (2006). Sejarah Hidup Sudirman. (Unpublished academic exercise). University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.)

Loading ...