Skip to main content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.

Media Collection: Hamzah Dolmat

HAMZAH DOLMAT DALAM KENANGAN

Di kalangan pemain-pemain muzik profesional atau amatur sekali-seklai kita akan bertemu dengan seorang pemain muzik yang berbakat luar biasa. Perkara ini sangat istimewa dan bertuahlah negara itu sekiranya dapat seorang berbakat seperti itu. Ini bertambah lagi menguntungkan sekiranya pemain berbakat itu melahirkan keahlian dalam muzik tradisional oleh kerana pemain-pemain seperti itu biasanya mempunyai bakat semula jadi dan mendapatkan didikan cuma daripada pengalaman serta kerajinan sendiri. Hamzah Dolmat adalah salah seorang yang berbakat istimewa ini dan sudah terkenal di Malaysia dalam lapangan seni muzik tradisional sejak akhir Perang Dunia Kedua.

Hamzah Dolmat dilahirkan di Singapura dalam tahun 1923. Dia mendapat didikan muziknya daripada ayahnya sendiri, seorang pemain biola yang terkenal di Singapura dan selalu bermain untuk Kumpulan Ronggeng Singapura dan Malaya. Hamzah Dolmat selalu mengikuti rombongan ayahnya dan sejak umur 12 tahun dia telah bermain biola bersama kumpulan sendiri dan terus melibatkan diri dalam Kumpulan Bangsawan.

Selain daripada memiankan muzik asli keroncong dan pada tahun 1948 telah bermula membuat rakaman piring hitam serta muzik latar belakang beberapa filem Melayu.

Dalam tahun 1959 Hamzah membawa keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur dan telah menginap tetap di Malaysia sehingga  peninggalannya. Jasa Hamzah Dolmat dalam lapangan seni muzik tradisional Malaysia tidak dapat diukur. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat luar negeri semasa mengikut lawatan rombongan-rombongan Kebudayaan Malaysia.

Beliau mendapat gelaran Ahli Mangku Negara dalam tahun 1964 dan menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera daripada Universiti Malaya pada tahun 1978. Pada tahhun 1980 beliau dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Beliau juga mempunyai kebolehan menyanyi dan memain alat-alat muzuk seperti mandolin, gambus, gitar, piano, akodian dan sebagainya.

Oleh: Dr Ariff Ahmad, Karyawan Tamu, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya

(Petikan daripada kulit kaset audio Hamzah Dolmat dan Biolanya vol.1)

Loading ...