Skip to Main Content

Islamic Studies | Pengajian Islam: Pameran Buku Terbitan Abad Ke-19 Terpilih

Islamic Studies Information Resources | Sumber Maklumat Pengajian Islam

Senara Judul Bahan

Pameran Buku Terbitan Abad Ke-19 Terpilih

Perpustakaan Pengajian Islam, Universiti Malaya

Pengenalan

Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya berbangga untuk mempersembahkan pameran koleksi unik yang memfokuskan kepada buku-buku terbitan awal. Koleksi ini merangkumi buku-buku yang diterbitkan pada abad ke-19 terpilih, yang memberikan pandangan tentang perkembangan pemikiran Islam pada masa itu.

Pameran Buku Terbitan Abad Ke-19 Terpilih

Pameran ini bertujuan untuk mempamerkan serta mempromosikan koleksi yang berharga dan menarik yang terdapat di perpustakaan kami, serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan koleksi ini dalam perkembangan pengajian Islam. Dengan mempamerkan 54 tajuk buku terbitan abad ke-19 terpilih secara fizikal, membolehkan pengunjung melihat secara langsung bahan-bahan tersebut. Para pengunjung juga berpeluang untuk menelusuri warisan ilmu dan menghayati sejarah pemikiran Islam yang telah berkembang sepanjang zaman. Pameran ini juga memberikan kesempatan untuk memahami bagaimana pemikiran Islam pada abad ke-19 memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan budaya dunia Islam secara keseluruhan.